Concordance

 CONCORDANCE?

‘Concordance’ merupakan senarai kata-kata kunci dalam suatu kontek ayat ‘listing of keywords in context’ (KWIC). Manakala
‘concordancer’ pula merupakan suatu alat atau program (software) yang membantu menyenaraikan perkataan-perkataan dalam kontek ayat. Ia juga merupakan satu program yang agak sesuai untuk pelajar-pelajar yang mempelajari bahasa.
Tambahan pula, tujuan ‘concordance’ ialah untuk menganalisis teks. Ia sangat sesuai bagi mereka yang ingin menganalisis teks dengan secara terperinci atau analisis bahasa secara lebih mendalam. Oleh hal sedemikian, dengan adanya ‘concordance’ saya dapat menganalisis dan lebih memahami kandungan sesuatu teks dengan lebih terperinci.
Di samping itu, kebolehan ‘concordance’ ialah membuat indek dan mendapatkan senarai perkataan-perkataan yang kita ingini. Ia juga boleh membuat ringkasan.Tambahan lagi, ia juga boleh membuat perbandingan bagaimana sesuatu perkataan digunakan dalam kontek ayat yang berlainan. Sesuatu perkataan boleh berfungsi sebagai kata nama, kata adjektif dan juga kata kerja.Contohnya perkataan ‘happy’.
i) She looks happy. (kata adjektif)
ii) Happy birthday. (kata nama)
Dengan adanya ‘concordance’ kita juga dapat mencari frasa-frasa atau gaya penggunaan bahasa (bahasa kiasan) yang berkaitan dengan perkataan tersebut.
Website ‘concordance’ banyak membantu saya memahami penggunaan sesuatu perkataan itu dalam berlainan kontek ayat terutama perkataan dalam bahasa Inggeris yang sukar untuk difahami.
Contoh websitenya dalah seperti http://www.webcorp.org.uk/ dan http://www.concordancesoftware.co.uk/

 

Perisian AntConc..

Perisian AntConc merupakan salah satu perisian yang sangat penting bagi pengkaji Linguistik yang berkaitan dengan kajian teks untuk memperlihatkan data-data berdasarkan teks. Sehubungan ini, AntConc dapat diaplikasikan dalam kajian teks untuk mengetahui kekerapan sesuatu perkataan yang wujud dalam teks di samping  dapat memberi makna dalam perkataan dengan mudah difahami oleh pengkaji berdasarkan ayat yang terdapat di dalam teks kajian. AntConc juga memudahkan kajian dilakukan dengan cepat dan bersistematik.

Langkah 1: Membuka perisian AntCont.

Langkah 2: Membuka fail untuk memasukkan teks kajian.

Langkah 3: Memasukkan teks kajian yang berbentuk Notepad yang berformat  “i have a dream” oleh Martin Luther.

Langkah 4 : Paparan Perisian AntCont setelah teks dimasukkan.

Langkah 5 : Perkataan yang ingin dikaji boleh di taip pada ruangan “Search Term” dan ditandai “word” kemudian tekan “Start”. Contoh perkataan yang ingin dikaji  ialah “i have a dream” oleh Martin Luther.

Langkah 6: Setelah menekan Start, paparan perkataan dalam teks akan ditunjukkan di sebelah kanan dan kekerapan perkataan itu pada bahagian “Concordance Hits”.

Langkah 7 : Hasil dapatan daripada Perisian AntCont tersebut juga boleh disimpan melalui “Save Output to Text File”.

 

Apa itu Concordance-ANCONCT

Perisian Antconc

Apakah itu Perisian Antconc

Antconc merupakan satu perisian yang digunakan untuk melihat kekerapan penggunaan kata dan makna yang terdapat dalam ceramah,ucapan, teks atau sebagainya dengan cepat dan pantas.

Berikut adalah langkah penggunaannya:

1. Memuat turun dan install perisian Antconc dari halaman
http://www.antlab.sci.waseda.ac.jp/software.html

2. Buka “File” antconc3.0.1.exe.

__________________________________________________

3. Klik pada “file, open.”

4. Pada contoh ini, saya telah memilih fail yang bertajuk “Perutusan YAB Perdana Menteri Sempena Tahun Baru 2013.txt” dengan membuat dua kali klik pada fail tersebut. Selepas itu, fail tersebut akan muncul pada skrin di sebelah kiri.

5. Dalam kes ini, saya telah memilih perkataan “untuk” dengan menaip perkataan itu pada ruang yang disediakan untuk melihat kekerapan penggunaan frasa tersebut oleh responden.. Untuk mencari perkataan itu, kita boleh menekan “enter” pada papan kekunci atau klik pada “start” yang terdapat di Antconc. Setelah itu, kita akan mengetahui kedudukan perkataan “untuk” tersebut berserta jumlah kekerapan penggunaannya.

pm

_____________________________________________________

Kekerapan perkataan ‘untuk’ ialah sebanyak 16 kali.

Anda juga boleh menggunakn perisian ini untuk mengkaji penggunaan dialek dalam kalangan mahasiswa dan perkataan yang kerap di gunakan oleh mahasiswa.

This entry was posted in Concordance, Tugasan. Bookmark the permalink.

Leave a comment